Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
19.11.2019 Hari Terbuka JPK

JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN, 19 November, 2019 – Bagi memenuhi permintaan beberapa sekolah dan institusi pengajian tinggi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses-proses percetakan, Jabatan Percetakan Kerajaan hari ini telah menerima kunjungan dari seramai kira-kira 250 pelajar dan guru dari Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar, Sungai Kebun; Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS); Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Jabatan Pengajian Islam dan Universiti Teknologi Brunei.

Lawatan pada hari itu dimulakan dengan sesi taklimat mengenai proses-proses percetakan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan yang disampaikan oleh Muhamad Faizal Bin Haji Saban, Penolong Pengarah Percetakan.

Rombongan pelawat yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan kemudiannya di bawa melawat ke Bahagian Pra-Cetak, di mana proses sebelum mencetak dibuat seperti menyediakan reka bentuk, typesetting, menyunting (editing), rekaletak dan mengeluarkan plet percetakan. Pelawat-pelawat juga di bawa melawat ke Bilik Digital di mana proses percetakan secara digital dibuat.


Seterusnya, rombongan pelawat dibawa ke Bahagian Mesin Cetak untuk menyaksikan secara lebih dekat bagaimana proses mencetak dibuat. Terdapat beberapa jenis mesin yang ditunjukkan seperti mesin-mesin 2 warna, 4 warna dan 5 warna.

Setelah itu, rombongan pelawat di bawa ke Bahagian Pos Cetak. Disini, mereka berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang proses-proses penyiapan produk-produk percetakan seperti proses-proses melipat, memotong, menyantum (collating), menjahit, stitching, memasang kulit buku, gold edging dan foil stamping.


Menurut Pengiran Fairuz Zakry Bin Pengiran Hj Rosley, salah seorang tenaga pengajar dari SUAMPRIPAHS, beliau berpendapat bahawa lawatan tersebut adalah sangat menarik dan telah dapat membuka minda serta memberi pendedahan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar mengenai proses-proses percetakan sedari mula ianya dibuat sehinggalah ianya siap dijilid.

"Hari Terbuka" tersebut bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang.


Attachments