Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
30.09.2019 Lawatan Panel Penilaian Dan Pemilihan Anugerah Inovasi Perdana (AIP) 2019

 The Achievers & Panel  Penilaian dan Pemilihan AIP 2019


JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN (JPK), 30 September 2019 – Sebagai kesinambungan kepada mesyuarat yang telah diadakan pada 23 September 2019, Alhamdulillah JPK telah dikunjungi oleh seramai enam orang ahli Panel Penilaian dan Pemilihan AIP 2019 bersama ahli-ahli Urusetia. Tujuan lawatan adalah bagi membuat penilaian selanjutnya terhadap projek Kumpulan The Achievers yang bertajuk Sistem Pengurusan Percetakan (SPP).

Dalam perkara ini, JPK adalah salah sebuah agensi daripada empat agensi yang dilawat oleh Panel berkenaan. Terdapat sebelas kumpulan telah menyertai AIP tersebut.

Antara perkara yang dibentangkan dan dibincangkan semasa lawatan termasuklah penerangan ringkas mengenai proses percetakan, demo mengenai SPP, kegunaan SPP di agensi-agensi lain dan SPP Sustainability.

 

Sesi pembentangan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah

 

 

Demo SPP dibentangkan oleh Kamarul Azam Hj Mohamad, Ketua Kumpulan The Achievers

 

 

Lawatan Ke Daily Production Meeting


Sebelum berangkat meninggalkan JPK, Panel Penilaian dan Pemilihan AIP 2019 telah berkesudian meninjau penggunaan SPP di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, tempat di mana data entry mula di masukkan ke SPP bagi setiap tempahan yang diterima.


Lawatan ke Bahagian Perkhidmatan Pelanggan

 

Attachments