Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
17.08.2019 Lawatan Kerja Guru-Guru Melayu Islam Beraja (MIB) Senegara Ke Jabatan Percetakan Kerajaan

JPK, Sabtu, 17hb. Ogos, 2019, 2.30 petang - Seramai 87 orang rombongan daripada Sekolah Menengah Rimba II, Kluster 4, Jabatan Sekolah-Sekolahj, Kementerian Pendidikan , selaku jawatankuasa Subject Based Committee (SBC) bagi mata pelajaran Melayu Islam Beraja(MIB) telah mengadakan satu aktiviti perkembangan professional dengan membuat lawatan ke Jabatan Percetakan Kerajaan (JPK). Lawatan kerja tersebut diketuai oleh Cikgu Haji Mohd. Hairul bin Haji Nayan.


 

Lawatan berkenaan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Muhamad Faizal Bin Haji Saban, Penolong Pengarah Percetakan, di bilik Silaturrahim. Antara taklimat yang disampaikan termasuklah penerangan mengenai dengan latar belakang Jabatan, perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan dan produk-produk percetakan yang dihasilkan. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh ketua rombongan dan diteruskan  dengan sesi bergambar ramai.

 



Rombongan dibahagikan kepada empat kumpulan dan di bawa melawat ke Bay-Bay 2, 3, 6, 7 dan 9. Rombongan mulanya di bawa melawat ke Divisyen Pra Cetak untuk melihat secara dekat proses-proses awal percetakan yang bermula dari penyediaan grafik rekabentuk, rekaletak dan pengeluaran plet.

Seterusnya rombongan dibawa melawat ke Divisyen Produksi Percetakan, di mana proses-proses percetakan selanjutnya dibuat seperti proses-proses percetakan, melipat, menjilid, menjahit, memasang kulit buku dan sebagainya.

 


Lawatan tersebut berakhir pada kira-kira jam 4.30 petang.


Attachments