Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
17.09.2019 JPK Asean Printing Forum 2019-Bangkok

BANGKOK, 17-21 September 2019 – Negara Thailand, selaku Pengerusi bagi ASEAN Summit 2019 dan bagi meneruskan semangat serta tradisi menganjurkan ASEAN Printing Forum, The Thai Printing Association telah menganjurkan Asean Printing Forum 2019 dengan tema "Advancing Partnership For Sustainability". Dalam perkara ini,  Jabatan Percetakan Kerajaan telah menerima undangan daripada Pongthira Pathanapiradej, Presiden bagi The Thai Printing Association untuk menghadiri Forum berkenaan yang telah diadakan di BITEC, Bangkok, Thailand pada 18 hingga 20 September 2019.


Perasmian Forum berkenaan disempurnakan oleh Mr Dheerayut Varnitshang, Timbalan Menteri Industri. Hadir bagi mewakili Jabatan Percetakan Kerajaan ialah Kamarul Azam Mohamad, Pemangku Pengarah Percetakan, Muhammad Nazreen Haji Amin, Ketua Divisyen Pra-Cetak dan Muhammad Zulhilmi Bin Hj Amir Hamzah, Ketua Divisyen Produksi Percetakan.

 

Forum tersebut mengandungi program lawatan ke 7th International Packaging and Printing Exhibition for Asia (PPI2019), pembentangan Country Reports oleh kesemua 10 negara anggota ASEAN, taklimat dari 6 penceramah jemputan yang akan membentangkan pelbagai tajuk yang berkaitan dengan print-packaging business dan lawatan ke Sinsakhon Printing City Industrial Estate.

 

Forum tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada pihak Jabatan Percetakan Kerajaan memandangkan tajuk-tajuk yang dibentangkan dan program lawatan yang diaturkan adalah relevan dan dapat digunakan dalam mengatur strategi serta inisiatif masa depan Jabatan ini di mana Forum ini telah dapat:

 
a.      Memberi pendedahan tentang tren percetakan masa kini dan sektor percetakan yang semakin berkembang;
b.      Memberi pendedahan tentang print-packaging business dan kemajuan-kemajuan teknologi dari Revolusi Perindustrian ke-4;
c.       Mengongsikan kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam memasarkan perniagaan percetakan secara online;
d.      Meningkatkan rangkaian kerjasama dan bertukar-tukar pendapat dengan pencetak-pencetak dan pembekal-pembekal luar negara;
e.      Melahirkan idea-idea yang inovatif dalam mengharungi industri percetakan yang semakin mencabar.


Sebanyak sepuluh buah negara Asean menyertai Forum berkenaan yang terdiri dari Filipina, Indonesia, Kemboja, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Viet Nam dan Negara Brunei Darussalam.


Attachments